Monday, March 18, 2013

Mirwana - Aku Tanpa CintaMu


Assalamualaikum,

Apa khabar semua?hopefully sihat. Paling penting iman kita juga sihat. Peh ayat macam blog popular walhal ni aku sendiri je yang baca. lolz :P

Ya Allah memang dah berbulan lamanya aku dah tak tulis apa2 pun kat blog ni, malas nak update to be honest, and I don't find anything interesting to be shared either. Yelah, skg ni klu nak ape2 pasal gadget google je, orang skg dah makin celik IT, iPhone 5, Galaxy S4? sume orang dah tau x payah aku nak heboh pun.

Entahlah, aku pun xtau apa yg buat aku rasa nak update blog aku ni, maybe so many things happened to my life lately, exams, final year projects, jaga kete abah, personal life and so on and so forth. Tapi apa yang dapat aku simpulkan, semakin kita berusia, semakin kita akan hadapi perkara yang mungkin tak pernah kita sangka akan alami. Mungkin inilah proses pematangan diri, mungkin inilah seseorang manusia akan belajar bahawa dunia ini luas, dan semuanya berlaku tanpa kawalan kita, apa yang boleh kita lakukan, kita berusaha dan berdoa, semoga sentiasa dilindungiNya. Manusia hanya merancang, tapi Allah mempunyai perancangan yang lebih baik untuk kita. Subhanallah.

Kadang kala kita diberikan ujian oleh Allah, kadang kala kita diberikan sesuatu perkara yg perit untuk ditelan. Tapi percayalah, semua itu dalam perancangan Allah, mungkin dengan ujian itu, kita akan berubah menjadi seorang insan yg lebih kuat, lebih tabah, lebih patuh, lebih soleh atau solehah. Bergantung kepada kita bagaimana untuk kita menghadapinya, semoga kita menjadi lebih dekat pada Allah, dan istiqamah dengan keadaan itu.

Pergh post kali ini mmg agak poyo, maaf la ye, tapi aku fikir sekarang ni, aku hanya nak post something yang bila aku baca balik, ia akan membawa kesedaran kepada aku, especially bila aku tgh leka dan lagha. Dan Alhamdulillah klu post ni jugak dapat memberi sedetik kesedaran kepada sesiapa sahaja yang baca. Kalaulah dengan post ini dapat membawa seseorang itu ingat kepada Allah, Alhamdulillah.

Oh by the way, tadi dok tengok newsfeed facebook, adik aku post lagu 'Aku Tanpa CintaMU' oleh Mirwana. Wahhh baru aku nampak Faizal Tahir dlm Mirwana, nmpak baik giler (skg pun still baik :P), dan barulah aku kenal Izzat Mahadi yang datang Sheffield untuk NEXT baru2 ni. ekekek :P


Lagu ni memang best, insaf jugak lah dengar. Sama2 la hayati ye. ok lah. aku berambus dlu. bye.
Assalamualaikum.

Friday, February 24, 2012

Hikmah

Assalamualaikum,

Pehh dah sangat2 lama aku x sentuh blog ni, last post tah bulan berapa, aku tak cek pulak.
Kalau la blog ni boleh ada habuk, memang dah langsung x nampak sebab menggunung dah habuk2 tu kot.haha

Ermm, so ape motif post ni?
Tah, maybe just untuk share apa yang aku rasa je la kot, for this few days.

Result exam dah keluar, dan memang aku xtau apa nak cakap, maybe ada hikmah kot, aku ni xde la pandai mana, memang sebelum ni dapat score tinggi pon sebab rezeki Allah bagi, sebab nasib baik, dan sebab ade kawan2 yg byk menolong.
Tapi kali ni, mungkin Allah nak uji aku, nak uji iman dan kesabaran aku, aku expect dapat 1st class untuk sem ni, tapi apakan daya, aku short 0.3, maksudnya, aku dapat 69.7 average, untuk dapat first class, kene dapat 70.

At first bila tengok, aku memang xtau apa nak cakap, aku amek kertas dan salin je.
Aku buat2 x pikir pasal tu for a while, dan fokus pada research on project, smpai la ke petang, dalam 5.30ptg.
Tapi malam tu aku fikir2 balik, aku check balik aku punya persediaan untuk last exam dan compare dengan usaha orang lain, I have to say that I have to be really grateful dengan apa yang aku ada ni.

Kenapa aku cakap macam tu?
sebabnya korang tgk sini, http://battlelog.battlefield.com/bf3/soldier/hidz7/stats/335468382/
300hours and 40 minutes playtime!!
ya Allah banyak sungguh masa aku habis dengan game! (tapi xleh nafi yang aku agak terer main game ni.haha)

jadi bila aku compare usaha aku dengan orang lain, especially bila dah dekat dengan exam, yeap aku still main game walaupon exam lagi dalam 3 hari, jangka masa yang boleh dikatakan sume member2 aku dah pulun study habis habisan.

jadi what's the point aku tulis panjang lebar ni?
oklah, maybe takde sapa2 sangat pon nak baca blog aku yang tak femes ni, tapi at least aku belajar something dari apa yang berlaku ni.

1. Belajar bersyukur with everything that we have, yeap, even kita tak dapat apa yang kita nak, maybe ada hikmah di sebaliknya, maybe Allah nak kita ambil pengajaran dari itu, or maybe something better is waiting for us.
2. You got what you deserve. You got what you pay for. yeap dalam kes ni, maybe usaha aku yang sangat last minute, dan tak banyak compare dengan orang lain, x deserve untuk dapat 1st class, dan aku rasa, dapat 69.7 ni pon Allah dah bagi lebih pada aku, patutnya aku rasa aku dapat lagi sikit sebab usaha yang tak seberapa.

Jadi, even it took one day and one night for me to get this realization, I have to say
ALHAMDULILLAH

Monday, April 4, 2011

Muhasabah sket.

Assalamualaikum,
Segala puji bg Allah Tuhan Sekalian Alam, Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Syukur, pada hari ni, diberi lagi peluang untuk bernafas di bumi Allah ini.
Sebenarnye, aku takde idea ape sangat pun untuk tulis entry kali ni, cumanya aku rasa nak tulis something je. Entah ler, aku rasa kebelakangan ni aku asyik leka dengan kehidupan duniawi, sehinggakan aku jadi slalu lupa akan tanggungjawab sebenar aku, iaitu untuk beribadat kepada Allah.

Jadi, post kali tidak laen tak bukan untuk menyedarkan diri aku sendiri, dan muhasabah balik diri aku. Astargfirullah.
Semoga aku diberi petunjuk oleh Allah S.W.T.

Ya Allah, kau ampunkanlah dosa2 aku, dosa2 ibu bapaku, dosa2 adik-beradikku, dosa2 rakan-rakanku, dosa2 saudara-maraku, dan dosa2 guru-guruku ya Allah.
Panjangkanlah umur kami semoga dapat dimanfaatkan untuk mendekatkan diri kepada Mu, Ya-Allah.
Amin ya Allah.

Oklah dlu. sebagai penutup, ade satu nasyid best tuk dishare.
Lagu ni adik aku bagi aku, so terima kasih kepada beliau, semoga dapat biasiswa best2. amin.
Stakat tu je.
Assalamualaikum.

Saturday, February 26, 2011

movies!

Assalamualaikum,

okay this is going to be a short entry.
bile fikir balik it's been a while, well actually it's been a long time since my last post about movie.
so here we go, got two movies to share with you guys. (pergh bajet cam ramai orang bace blog aku, padahal brape org sgt la bace, ok2 aku sedar. haha)

1. Faster.


Movie ni aku layan semalam. Boleh tahan gak la, pelakon die the rock@dwayne johnson. klu korang minat action2 dan tak kisah jalan cite best ke tak, then this movie is worth watching.
jalan cite die memang simple, revenge je. cari org dalam list, then kill, kill, kill, die, die, die. senang!

Ade la sikit die twist jalan cite bagi kompleks, tapi still, predictable and simple.
macam aku cakap tadi, action dalam cite ni agak ok la, boleh buat korang kagum and wondering boleh ke buat camtu in real life. so maknanya ok gak la kan?haha

2. Morning glory.
Ni pulak cerita comedy, drama and romance (bukan ikot pale aku, tapi imdb, haha). Pelakon utama die Rachel McAdams, cun, aku minat die ni and the reason why aku tgk movie ni, muahahaha.

Mengisahkan sorang pompuan, Becky Fuller(Rachel McAdams) yang memang hardworking, dan mempunyai misi untuk menaikkan balik rating morning show program kat tv yang hidup segan, mati tak mahu. Dengan pelbagai gelagat cast2 and crew2 yang cam hampeh, agak menarik gak la the way she handled all the problems. Nak tau camne? kene la tengok!hahaha

Rating.
Ok rating ni aku bagi precise sket, up to 4 significant figures. hahaha

Faster(7.222 out of 10)
"aku tunggu punya la lame, mane kicap cap kipas udang aku order aritu?"

Cons: Jalan cite yang simple sgt.

Pros: Action agak best.

Morning Glory(7.333 out of 10)
"tepi2, aku dah lambat ni!"

Cons: Kadang2 byk sgt dialog, bleh rase bosan gak la.

Pros:Inspiring storyline, boleh tahan lawak, awek cun. haha

Conclusion, aku rase both movies are great klu nak tengok. pastikan korang siapkan assignment dlu, nanti tak pasal2 jatuh carry mark. hahaha dan lagi satu klu korang dah tgk movie ni dan rase review aku ni tak bagus, sorry ler aku ckp ape yg aku fikir pasal movie ni je. haha

ok la dah tak jadi short entry dah ni haha, assalamualaikum.

Sunday, February 20, 2011

pemergianmu- Inteam

Assalamualaikum,

apa khabar?semoga sentiasa sihat, dan sentiasa di bawah rahmat dan perlindunganNya insyaAllah.
klu saket kena la sabar ye tak?ujian dari Allah swt, insyaAllah ade ganjaran dan hikmah yang tidak kita ketahui di sebaliknya. aku bukan warok atau alim mana pon tapi at least klu tulis camni, aku memberi peringatan pada diri aku jugak. semoga sentiasa dapat petunjuk dariNya amin.

pada post kali ni aku cuma nak share satu lagu, agak lama dah lagu ni, tapi tah la aku pulak yang baru tau, nasyid ni menceritakan Rasullullah ketika saat baginda hampir wafat.

subhanallah walaupun aku tak pernah dgr lagu ni, first time je dgr terus menusuk kalbu aku,
dgr sorang2 perghh boleh nangis, lagi sekali bukan nak cakap aku baek, takot nnti orang cakap "peh dgr nasyid pon boleh nangis?"hahaha..tak2 bukan sbb tu, cume nak cakap lagu ni serius sedih dan syahdu, tu pon klu korang btol2 hayati la.

tak payah tulis panjang2, scroll sket, tekan play, klu internet slow, biar die buffering abes dlu baru feel, klu intenet maen 'cak cak', pastu korang dgr pon sekejap ter'pause', kompem ah tak feel..haha (budak2 oversea kompem takde masalah buffering kot, syukur alhamdulillah la dapat nikmat intenet laju ye tak?haha)



so amacam?ok kan?
kompem best gak la, aku ni tak layan sgt pon sblum ni In-Team, tapi kali ni terrrlayan lak.haha

kesimpulannya, same2 la kita mendoakan supaya kita mendapat syafaat Rasulullah, selalu la gak selawat, pedas gak ni sebab aku sendri banyak kali lalai, sehari berape je selawat, adoi sedih2..

ok la dlu, assalamualaikum. chow chin cau..

Saturday, February 5, 2011

Alhamdulillah

Assalamualaikum,

seperti biasa sebelum menulis panjang lebar, marilah sama2 berdoa agar kita sentiasa berada dalam lindungan dan rahmatNya insyaAllah. amin.

ok kenape tajuk alhamdulillah?
jgn salah paham aku bukan nye nak post lagu Too Phat feat Dian Sastrowardoyo, (betol ke dorang nyanyi lagu tu, tak igt la plak) , tapi tajuk tu tibe2 muncul dalam otak aku tanpa segan silu.

sebab utama nye aku rase ialah bnyak bnde boleh dikatekan dah settle untuk sem 1 ni.
ape yg dah settle?

1. Of koz la exam semester autumn 2010 dah settle, tggu result je skg harap2 la result ok..amin.
2. Trip pusing2 uk secara kecil kecilan aka 'Jaulah' pon telah selesai.
3. Alhamdulillah sebab sekarang dapat rehat. haha

klu bleh aku nak gak share semua bnde yg aku experience mase jalan2 selama lebih kurang seminggu tu..tapi apakan daya jari jemari aku merayu agar diorang tak dipaksa taip panjang2..knon2 nak rehat cukup2 nak prepare untuk next sem, jari jari aku cakap diorang nak pulun abes abesan.

bgus kan jari aku?hahaha. ok gak tu tapi harap2 jgn jd pulun pulut atau pulun beras abes abesan suda..tu tolong besarkan perut ade la. bak kata peribahasa,

"kerana pulut santan binasa, kerana mulut abis licin pulut, haihh. haha"

berdasarkan trip aritu, ape yg boleh aku simpulkan adalah..'subhanallah,alam ciptaan Allah mmg indah..sgt2 lawa dan perghh smpai aku tak tau nak gune words ape dah'..

actually aku ngan member2 tak la pergi jauh mana, tmpat yg kteorang pegi ialah Manchester, Liverpool, Cardiff, Swansea, Bath, dan Portsmouth. insyaAllah next time klu ade rezeki bleh try luar negara plak kan?hahaha

tmpat yg lawa bg aku ialah swansea dan portsmouth.
kenape?
sbb nye kt cni aku dapat tgk lautan yg terbentang luas,
entah ler maybe aku suke laut?
maybe aku suke air?
mungkin tp yg pelik nye aku tak pndai lak berenang...hadoii =.=

ape yg bestnye apabila tengok laut ni diri kita jadi amat tenang, entah tak tau ape sbb tapi klu berdasarkan ape yg kite blaja dlu2..ade few things yg apabila kite tgk je, kite dapat pahala..
ape bnde tu?
sila scroll sket ke bwh.

1. Memandang wajah ibu bapa (bukan tgk muke awek atau pakwe, klu ade gak tolong bgtau aku. haha)

gmbar parents aku, rindu sgt kt dorang

2. Memandang wajah orang alim.

gmbar menteri besar kelantan, ok tolong jgn kaitkan ngan politik lak. pandang die sbgai tokoh agama orite?

3. Memandang Al-Quran. menarik kn?tgk je dah dapat pahala, apatah lagi klu bace, apatah lg klu paham?(sedih gile sbb aku pon x paham)

jom rajin rajinkan diri kita bace Al-Quran.

4. Melihat Kaabah.
insyaAllah klu ade rezki nak pegi sni gak, bawak bini skali..ops berangan lak. tp jodoh tu urusan Allah ye tak?persiapkan diri kita dgn agama tu yg penting..perghh ayat nk best je hahaha..

5. Melihat laut, maybe ni la sbb nye everytime kite tgk laut, kite jadi tenang, sbb dgn tgk laut kita dapat membayangkan betapa besarNya kuasa Allah, dan betape lemahnye kite.

gmbar laut diambil dari Spinnaker Tower.

hmm, tu je kot tuk kali ni, dah tak tau nak tulis ape dah. info2 kt atas ni aku refer kt blog ni. bleh la korang lepak kt situ klu nak tgk2..

dlu aku penah ckp nk bg update pasal sandy bridge processor from intel, maaf byk2 sbb tak sempat, tapi yg update paling penting pasal bnde ni, dorang dah recall balik sume processor intel sandy bridge sbb ade design flaw yg dapat rosak kan all devices connected to SATA. Intel ckp by februari dorang akan release version yg dah di fix. untuk lagi detail, maybe post2 yg seterusnya dan xtau bile nk tulis aku akn ckp..hahaha

ok dlu. wassalam.

Saturday, January 22, 2011

La illaha illAllah with subtitle by Mishary Rashid Al Afasi

Assalamualaikum..
hari ini aku rasa tergerak hati nak share satu lagu ni..
dinyanyikan oleh Mishary Rashid Al-Afasi

bawah ni video klip die,
sungguh syahdu lagu ni, aku post bukan bertujuan nak tunjuk aku baik,
cume kalau dengan video ni dapat menjadikan kita mengingati Allah,
apa salah nya aku share aku rase..
tapi kalau lah terdetik niat nk tunjuk baik tu, mmg aku pohon ampun dari Allah,
sbb nye aku manusia biasa dan aku tau iman aku x sekuat mana..
so, sama2 lah kita berdoa supaya sentiasa mantap iman kita, insyaAllah.


haa dah dgr?
best kan?serius best..lirik die pon best..

semoga kita sama2 berusaha untuk mengejar cinta Ilahi, cinta yang agung,
insaf gak aku, betapa aku terlalu mengejar cinta manusia dan dunia sehingga alpa,

perghhh kan ayat?tapi ni siyes cakap...bukan main2 nih..
harap2 hati aku x tenggelam dalam cinta 'pakwe makwe' ni sehinggalah tiba nye waktu yang sesuai..insyaAllah
hahah

setakat tu je..sebenar nye video ni aku dah post kt facebook pon..
tapi still nk post kt blog. haha

exam ade lagi 3 paper, bagi aku the hardest of all exams pada sem nih..
doakan aku dan rakan-rakan..semoga kami berjaya lulus cemerlang insyaAllah.

assalamualaikum.