Monday, March 18, 2013

Mirwana - Aku Tanpa CintaMu


Assalamualaikum,

Apa khabar semua?hopefully sihat. Paling penting iman kita juga sihat. Peh ayat macam blog popular walhal ni aku sendiri je yang baca. lolz :P

Ya Allah memang dah berbulan lamanya aku dah tak tulis apa2 pun kat blog ni, malas nak update to be honest, and I don't find anything interesting to be shared either. Yelah, skg ni klu nak ape2 pasal gadget google je, orang skg dah makin celik IT, iPhone 5, Galaxy S4? sume orang dah tau x payah aku nak heboh pun.

Entahlah, aku pun xtau apa yg buat aku rasa nak update blog aku ni, maybe so many things happened to my life lately, exams, final year projects, jaga kete abah, personal life and so on and so forth. Tapi apa yang dapat aku simpulkan, semakin kita berusia, semakin kita akan hadapi perkara yang mungkin tak pernah kita sangka akan alami. Mungkin inilah proses pematangan diri, mungkin inilah seseorang manusia akan belajar bahawa dunia ini luas, dan semuanya berlaku tanpa kawalan kita, apa yang boleh kita lakukan, kita berusaha dan berdoa, semoga sentiasa dilindungiNya. Manusia hanya merancang, tapi Allah mempunyai perancangan yang lebih baik untuk kita. Subhanallah.

Kadang kala kita diberikan ujian oleh Allah, kadang kala kita diberikan sesuatu perkara yg perit untuk ditelan. Tapi percayalah, semua itu dalam perancangan Allah, mungkin dengan ujian itu, kita akan berubah menjadi seorang insan yg lebih kuat, lebih tabah, lebih patuh, lebih soleh atau solehah. Bergantung kepada kita bagaimana untuk kita menghadapinya, semoga kita menjadi lebih dekat pada Allah, dan istiqamah dengan keadaan itu.

Pergh post kali ini mmg agak poyo, maaf la ye, tapi aku fikir sekarang ni, aku hanya nak post something yang bila aku baca balik, ia akan membawa kesedaran kepada aku, especially bila aku tgh leka dan lagha. Dan Alhamdulillah klu post ni jugak dapat memberi sedetik kesedaran kepada sesiapa sahaja yang baca. Kalaulah dengan post ini dapat membawa seseorang itu ingat kepada Allah, Alhamdulillah.

Oh by the way, tadi dok tengok newsfeed facebook, adik aku post lagu 'Aku Tanpa CintaMU' oleh Mirwana. Wahhh baru aku nampak Faizal Tahir dlm Mirwana, nmpak baik giler (skg pun still baik :P), dan barulah aku kenal Izzat Mahadi yang datang Sheffield untuk NEXT baru2 ni. ekekek :P


Lagu ni memang best, insaf jugak lah dengar. Sama2 la hayati ye. ok lah. aku berambus dlu. bye.
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment